POLISI PRIVASI

POLISI PRIVASI

(PENGGUNA)

 

Kepada para pengguna Hero Sihat,

Polisi Privasi ini (“Polisi Privasi”) diberikan kepada semua pengguna portal web (termasuk mana-mana dan semua laman web, servis WhatsApp, aplikasi telefon mudah alih, ciri-ciri, aplikasi lain dan perkhidmatan yang berkaitan) (“Portal“) yang dibawakan untuk anda oleh FWD Takaful Berhad (No. Pendaftaran 731530-M) (“FWD”) dengan kerjasama Walnut Wellness, perkhidmatan teknologi kesihatan disediakan oleh LeadinHealth Sdn Bhd (No. Pendaftaran 1166253-P) (“WW”). Kedua-dua pihak FWD dan WW boleh dirujuk sebagai (“kita” atau “kami“), selaras dengan obligasi statutori di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA“).

 

Jenis Maklumat Peribadi Yang Kami Kumpul

Data peribadi bermaksud sebarang maklumat dalam pegangan kami yang berkait samada secara langsung atau tidak kepada seseorang individu sehingga membolehkan pengecaman individu dikenalpasti melalui data tersebut dan maklumat lain dalam pegangan kami, yang mana merangkumi:

  • Maklumat yang anda berikan kepada WW, seperti nama anda, nombor telefon, keadaan kesihatan dan lain-lain. WW juga boleh mengumpul maklumat mengenai keperluan insurans/takaful, parameter kesihatan, gaya hidup dan pengurusan gaya hidup anda dan apa-apa maklumat lain yang dianggap berkaitan melalui program, sembang, peringatan, tinjauan, soal selidik atau apa-apa format lain;
  • Maklumat yang dikumpul melalui teknologi semasa anda melanggan kepada perkhidmatan kami, seperti jenis pelayar web anda, alamat Protokol Internet (IP), nama domain, profil pengguna, cookies, Android ID, perkhidmatan analitik pihak ketiga (seperti Google Analytics), dll;
  • Maklumat yang dikumpul oleh pihak ketiga atau sumber-sumber lain yang dibenarkan atau diberikuasa, seperti maklumat yang telah anda berikan melalui pembekal kami yang dipilih atau penyedia perkhidmatan lain, atau bila anda telah memberi izin di laman-laman web pihak ketiga untuk mendedahkan kepada kami maklumat berkaitan dengan anda.

Untuk mengelakkan sebarang keraguan, FWD tidak mengumpulkan apa-apa maklumat peribadi malalui portal ini.

Data peribadi untuk tujuan notis ini mungkin, di mana berkenaan, turut merangkumi data peribadi sensitif di mana sebarang data peribadi yang terdiri daripada maklumat kesihatan mengenai keadaan fizikal dan mental anda, kepercayaan keagamaan atau kepercayaan lain yang bersifat sama, ataupun mana-mana data peribadi sepertimana yang ditentukan oleh Menteri.

 

Bagaimana Kami Mengguna Maklumat Peribadi Anda

Data peribadi (termasuk data peribadi yang sensitif) yang dikumpul daripada anda akan digunakan untuk:

  • Membekalkan anda dengan konsultasi, tip-tip dan informasi kesihatan;
  • menilai dan memproses permohonan, langganan, atau permintaan atau pesanan anda kepada mana-mana produk dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan di Portal kami;
  • memproses, membolehkan, menguruskan dan/atau membekalkan anda dengan produk dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan di Portal kami,
  • melaksana, menguruskan dan/atau mengekalkan perhubungan anda dengan kami, transaksi komersial anda dengan kami;
  • memproses pembayaran anda, termasuk membekalkan bil kepada anda, mengekalkan rekod kewangan, menilai atau menentusah butiran-butiran kad kredit/debit dan membolehkan pembayaran sebarang jumlah yang dihutang kepada kami;
  • menyediakan anda dengan sokongan perkhidmatan, pengurusan dan pengoptimuman, perkhidmatan sokongan pengguna dan perkhidmatan lain yang berkaitan, termasuk membalas kepada pertanyaan dan aduan anda;
  • membaiki dan memudahkan perkhidmatan pelanggan kami, untuk inisiatif pembangunan perniagaan;
  • membuat profil tentang kehendakan penggunaan dan pembelian anda, termasuk menganalisis cara penggunaan produk dan/atau perkhidmatan tersebut, dengan menggunakan kaedah peribadikan atau agregat untuk mengumpul maklumat tentang demografi, minat dan kelakuan supaya kami lebih memahami anda dan boleh menyesuaikan produk dan/atau perkhidmatan tersebut mengikut kehendak anda;
  • membuat kaji selidik pasaran, analisis pasaran dalaman, membuat profil pengguna, membuat analisis corak pengguna, kelakuan dan pilihan, analisis perancangan dan statistik, termasuk menyediakan laporan mengenai analisis tersebut dan menggunakan keputusan analisis untuk pelbagai tujuan termasuk untuk kemajuan dan pemasaran produk dan/atau perkhidmatan yang diberi oleh kami dan/atau pembekal pihak ketiga yang tertentu;
  • membekalkan anda dengan informasi dan kandungan kesihatan melalui Portal dan laman yang lain;
  • mempromosikan produk dan/atau perkhidmatan kami, atau mempromosikan produk dan/atau perkhidmatan pembekal pihak ketiga yang mungkin anda berminat;
  • menghantarkan anda ucapan perayaan dan promosi; dan
  • sebarang tujuan-tujuan lain yang kami perlukan atau berhubung dengan perhubungan anda dengan kami

 

(secara kolektifnya dirujuk sebagai “Tujuan-Tujuan”).

Sebagai sebahagian daripada perkhidmatan yang ditawarkan melalui Portal, kami boleh menghantar bahan promosi mengenai produk dan / atau perkhidmatan kami, atau produk dan / atau perkhidmatan pembekal kami yang dipilih yang kami fikir mungkin menarik minat anda, atau bahkan kandungan lain, maklumat, tinjauan, soal selidik atau bahan dari kami (mengenai mana-mana produk insurans/takaful, mana-mana ejen FWD, mana-mana pakar penjagaan kesihatan kami, mana-mana penyedia penyelesaian atau mana-mana pengiklan atau maklumat pendidikan kesihatan) yang mungkin menarik minat anda. Anda boleh pada bila-bila masa berhenti melanggan daripada menerima apa-apa bahan lanjut dengan menghubungi kami.

Sila emel kami (enquiry@leadinhealth.com), sekiranya anda tidak berminat untuk menerima apa-apa bahan promosi mengenai produk dan/atau servis kami; atau produk dan/atau servis daripada mana-mana pembekal yang dipilih dari mulanya.

Kami juga mungkin akan menyiarkan atau mengagregatkan Maklumat Peribadi anda dengan mengecualikan maklumat (seperti nama anda) yang membuatkan data tersebut dikenali (“Maklumat Tanpa Nama”). Maklumat Tanpa Nama ini mungkin akan digunakan untuk memperibadikan produk dan/atau perkhidmatan kami, termasuk untuk mengarahkan iklan-iklan tertentu lebih relevan kepada anda atau untuk menganalisis permintaan dan corak penggunaan supaya kami boleh meningkatkan kandungan produk dan/atau perkhidmatan kami atau pembekal terpilih kami atau untuk mana-mana kaji selidik pasaran yang berkaitan untuk tujuan penyelidikan, sama ada secara dalaman atau melalui pihak ketiga.

Kami juga mungkin berkongsi Maklumat Tanpa Nama tersebut, termasuk data dan statistik, dengan pelanggan korporat kami (misalnya majikan korporat), kumpulan syarikat kami, pihak ketiga termasuk rakan kongsi perniagaan yang membantu dalam melaksanakan operasi teras dan rakan kongsi kami yang melakukan penyelidikan statistik, pengiklan, perkhidmatan kesihatan, penjualan produk kesihatan, pengurusan tuntutan perubatan, penjualan insurans dan sebagainya. pihak lain untuk tujuan perkhidmatan, penjualan, promosi dan pengiklanan. Pihak-pihak ini hanya akan menggunakan maklumat untuk menjalankan kewajipan perniagaan khusus mereka kepada kami.

Kami hanya akan memproses data peribadi anda menurut kepada PDPA, peraturan-peraturan yang terpakai, garis panduan dan/atau perintah berdasarkan pindaan yang terkini. Kami ‘memproses’ data peribadi anda dengan mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, mengguna dan/atau mendedahkannya.

Kami tidak sebaliknya menjual atau memperolehi maklumat peribadi yang boleh dikenalpasti secara komersial mengenai pengguna kami (selain daripada dalam bentuk Maklumat Tanpa Nama) kepada pihak ketiga, melainkan jika dibenarkan sebaliknya oleh badan penguatkuasa undang-undang dalammematuhi proses undang-undang dan berkenaan dengan pelanggaran kandungan atau pelanggaran undang-undang yang terpakai.

 

 

Pendedahan Maklumat Peribadi Anda

Kami tidak akan mendedahkan apa-apa data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran anda, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, kecuali kepada:

  • syarikat-syarikat di dalam kumpulan Syarikat (termasuk subsidiari, syarikat berkaitan dan/atau syarikat bersekutu kami);
  • Ejen-ejen, agensi-agensi dan konsultan-konsultan FWD;
  • pembekal terpilih WW, iaitu syarikat jenama produk kami (yang membekalkan anda sebarang produk berkaitan kesihatan), syarikat berasaskan perkhidmatan (pembekal perkhidmatan yang berkaitan dengan kesihatan); termasuk pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang memperibadikan jenis maklumat yang diterima oleh kami dan untuk meningkatkan, menyesuaikan dan memajukan kandungan dan fungsi untuk membolehkan kami memberi anda produk dan/atau perkhidmatan yang lebih baik;
  • pewaris hakmilik kepada kami;
  • agensi kerajaan, pihak berkuasa dan/atau badan berkanun;
  • pihak-pihak (termasuk tetapi tidak terhad kepada para penasihat dan wakil) yang berkait kepada mana-mana proses korporat, sebagai contoh, mana-mana panggabungan dan/atau penyatuan, usaha sama, latihan pembiayaan, penjualan aset atau mana-mana perkara bersamaan jenis yang berkaitan dengan Syarikat,

dan sekiranya perlu, kepada mana-mana pihak yang berjanji untuk menyimpan data peribadi anda secara sulit bagi melaksanakan Tujuan-Tujuan yang dinyatakan di atas atau kepada pihak-pihak sepertimana yang dituntut atau diperuntukkan di bawah undang-undang.

 

Bagaimana Sekiranya Maklumat Peribadi yang Dibekalkan Anda Adalah Tidak Lengkap?

Kami perlu mengumpul dan menyimpan data peribadi anda. Sekiranya anda tidak memberikan data peribadi anda kepada kami (yang diperlukan untuk tujuan produk dan / atau perkhidmatan yang ditawarkan di Portal), kami mungkin tidak dapat memberikan produk dan/atau perkhidmatan secara efektif kepada anda atau memproses data peribadi anda bagi Tujuan-Tujuan yang disebut di atas, jika ada. Kami akan memaklumkan kepada anda jika data peribadi yang kami minta daripada anda adalah berbentuk pilihan, dalam hal ini anda mempunyai pilihan untuk tidak memberikan data peribadi tersebut.

 

Hak Anda untuk Mengakses dan Membetulkan Maklumat Peribadi Anda

Kami akan memastikan data peribadi anda disimpan dengan selamat dan hanya akan menyimpan data peribadi anda untuk tempoh yang perlu dan/atau menurut PDPA. Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, mendapat salinan, mengemaskini atau memperbetulkan data peribadi anda yang disimpan oleh kami dengan mengedit profil anda melalui akaun anda dalam Portal. Anda juga mempunyai hak untuk meminta kami menghadkan pemprosesan dan penggunaan data peribadi anda pada bila-bila masa (contohnya, meminta kami berhentikan penghantaran iklan atau promosi kepada anda untuk tujuan pemasaran). yang tertakluk kepada mana-mana pengecualian statutori dalam mengumpul, mengguna dan mendedah data peribadi anda.

Permintaan atau pertanyaan bertulis anda perlu disampaikan ke alamat di bawah:

Pegawai Perlindungan Data Peribadi/ Pegawai Undang-Undang/Pengurus Sumber Manusia

Alamat E-mel    : enquiry@leadinhealth.com                   ]

Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju untuk kami memproses data peribadi anda sepertimana yang tertera dalam Polisi Privasi ini, dan anda mengesahkan bahawa semua data peribadi yang diberikan oleh anda adalah betul dan lengkap, dan tiada data peribadi yang mengelirukan atau yang belum dikemaskinikan. Anda mesti, dengan segera, mengemaskini data peribadi anda sekiranya terdapat apa-apa perubahan kepada data peribadi yang anda beri kepada kami.

Setakat mana yang anda telah memberikan (atau akan memberikan) data peribadi tentang ahli keluarga, pasangan, tanggungan lain anda (jikalau anda ialah seorang individu), pengarah, pemegang saham, wakil, ejen (jikalau anda ialah sebuah entiti korporat/organisasi) dan/atau individu lain, anda mengesahkan bahawa anda telah menjelaskan (atau akan menjelaskan) kepada mereka bahawa data peribadi mereka akan didedahkan kepada, dan akan diproses oleh, kami dan anda turut memberi representasi dan menjamin bahawa anda telah memperolehi persetujuan daripada mereka berkenaan dengan pemprosesan (termasuk pendedahan dan pemindahan) data peribadi mereka sepertimana yang tertera dalam Polisi Privasi ini.

Berkenaan dengan individu yang belum mencapai usia dewasa (iaitu individu di bawah umur 18 tahun) atau individu yang tidak kompeten untuk memberi persetujuan, anda mengesahkan bahawa anda ialah ibu bapa atau penjaga atau orang yang mempunyai kewajipan terhadap mereka atau orang yang dilantik oleh mahkamah untuk menguruskan urusan mereka atau mereka telah melantik anda untuk mewakili mereka, untuk memberi persetujuan bagi pihak mereka berkenaan dengan pemprosesan (termasuk pendedahan dan pemindahan) data peribadi mereka sepertimana yang tertera dalam Polisi Privasi ini.

 

Lokasi Penyimpanan Data Peribadi

Sila ambil perhatian bahawa kami berhak memindah mana-mana data peribadi kami proses ke mana-mana negara atau wilayah diluar Malaysia selaras dengan seksyen 129 PDPA.

 

Data Peribadi Dikendalikan oleh Penyedia Terpilih kami

Sila ambil perhatian bahawa pembekal terpilih kami yang menyediakan anda dengan produk dan / atau perkhidmatan melalui Portal (contohnya pakar pemakanan, pakar senaman, ejen insurans/takaful dll) terikat secara ketat oleh keistimewaan profesional atau kerahasiaan pesakit dan terikat dengan kod tatalaku yang relevan daripada profesion mereka yang dikawal oleh badan profesional masing-masing. Kami tidak, dan tidak akan menerima apa-apa kewajipan kerahsiaan berkenaan dengan apa-apa komunikasi selain yang dinyatakan secara nyata dalam Terma Penggunaan dan Dasar Privasi kami.

 

Maklumat yang Anda Sediakan melalui Portal

Penggunaan khidmat anda melalui Portal dan penerbitan atau posting soalan, jawapan, komen, perbincangan atau ciri-ciri lain adalah peribadi antara anda dan WW. Anda perlu mempertimbangkan dengan teliti sebelum mendedahkan apa-apa maklumat spesifik individu dan peribadi yang boleh dikenalpasti dalam mana-mana ciri awam kerana ia dapat dilihat dan dikumpulkan oleh pihak ketiga yang boleh menggunakannya untuk tujuan lain, yang mana kita tidak mempunyai kawalan. Sila gunakan budi bicara dalam penerbitan atau penyebaran maklumat sensitif.

 

Semakan dan Pindaan terhadap Polisi Privasi Ini

Kami berhak untuk mengemaskini dan meminda Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan atau pindaan kepada Polisi Privasi ini akan dimaklumkan melalui pengumuman di laman web kami atau melalui cara lain yang bersesuaian. Jika kami meminda Polisi Privasi ini, pindaan itu hanya akan berkuatkuasa untuk data peribadi yang dikumpul selepas kami memaparkan Polisi Privasi kami yang terpinda.

 

Bahasa Polisi Privasi ini

Mengikut Seksyen 7(3) PDPA, Polisi Privasi ini diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman atau percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.

 

Kemaskini terakhir: [9.10.2019]